RESEPI 1 : PENGAT UBI KELEDEK
Hi semua,
Hari ni AZ ingin kongsikan resepi ringkas untuk membuat manisan yang sangat simple tapi sedap. 5 bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat pengat ini. Resepi ini jugak sesuai untuk digunakan bagi membuat pengat pisang atau pengat durian.
Bahan - bahan yang diperlukan adalah :
1. Ubi keledek dipotong kecil2 supaya cepat empuk.
2. Santan kotak (1/2 kotak kecil)
3. Garam ( 1/3 sdk)
4. Nisan / gula melaka (1/2 bulatan kecil)
5. Air kosong (ikut kepekatan kuah yang diinginkan)
Cara memasak:
1. Masukkan Santan ke dalam periuk dan campurkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
2. Panaskan santan sehingga agak mendidih , dan masukkan ubi keledek.
3. Masukkan nisan dan garam.
Detail cara untuk memasak AZ ada tunjukkan dalam video kat bawah yer.
Minta jasa baik kawan- kawan untuk sentiasa support channel AZ ni ye. Jangan lupa Like ,Subscribe and Share.
Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment