Wednesday, 13 April 2022

TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN

 Assalamualaikum semua, 

Harap pembaca yang menyinggah di blog ini sentiasa sihat sejahtera. Hari ini genap 12 hari umat islam seluruh dunia menunaikan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan. Harap semuanya masih lagi sihat dan bertenaga dan sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah swt sehingga kita sampai ke hujung ramadhan.

Untuk penulisan kali ini,  AZ mahu kongsikan sedikit tips untuk menurunkan berat badan disamping berpuasa tanpa merasa lesu sepanjang hari.

Biasanya setiap pagi semasa sahur, AZ akan mengambil segelas susu dutchlady coklat kurang gula @lazada-dutchlady dan 5 sudu teh oat @lazada-QuakersOat bersama air panas.



    



Untuk menu berbuka pula, biasanya AZ akan makan sedikit nasi dalam satu senduk bersama lauk seperti masak lemak cili api, ayam masak merah atau ikan masak lemak halba atau apa sahaja menu untuk hari tu. Semasa berbuka, AZ tidak akan mengambil air manis. Dengan rutin makanan ini, AZ berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam masa 1 minggu.

Ada hari AZ mengalami sembelit, AZ akan mengambil  supplement yang sekarang tengah famous dekat tiktok keluaran nutrilite. Korang boleh la cuba supplement kat bawah ini, ia dapat membantu untuk menyekat selera makan dan membuatkan perut lebih lawas.



Okay, itu sahaja perkongsian AZ untuk kali ni, jumpa lagi semua, 
Assalamualaikum.

Monday, 11 April 2022

TIPS MELAWASKAN PERUT DENGAN TIGA BUAH-BUAHAN INI

 Hi Semua, selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat yang berada di bumi Malaysia ataupun diluar negara.

Harini Az mahu kongsi sedikit tips untuk orang yang mempunyai masalah untuk membuang aka sembelit. korang yang jarang membuang tu boleh la mencuba tips ini yer.

Untuk korang yang mengalami masalah sembelit boleh la  mencuba buah- buahan  dibawah:

1.AVOCADO

Avocado bukan sahaja dapat dijadikan salad untuk orang yang sedang berdiet, malah ianya sangat sesuai dimakan bagi orang yang sedang mengalami sembelit. Avocado mempunyai serat yang tinggi yang boleh membantu melawaskan usus. Buah Avocado ini mengandungi potasium, folat, vitamin E dan lemak sihat. Korang boleh la mendapatkannya di lazada dengan harga serendah RM3.80 / Biji @Buy Avocado

2. LIMAU
Apabila kita menyebut buah limau, secara automatik kita akan terfikir buah yang kaya dengan vitamin C. Tapi tahukah anda, limau jugak adalah salah satu buah yang elok untuk orang yang mengalami masalah sembelit. Kandungan asid sitrat yang terdapat di dalam buah limau ini dapat meneutralkan saluran pencernaan bagi pengamalnya. Korang boleh la mendapatkannya dengan harga serendah RM1.80/ Biji @Lemon_Murah


3. BUAH NAGA
Tahukan anda buah Naga jugak dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan kita. Kandungan serat yang terdapat di dalam buah naga ini dapat membantu pengamalnya dari terkena penyakit sembelit. Buah naga juga mengandungi oligosakarida iaitu sejenit prebiotik yang bagus untuk sistem pencernaan anda. Korang boleh la mendapatkannya di @BuahNagaMurah



Tapi untuk saya, antara ketiga-tiga buah ini , buah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah sembelit saya adalah buah naga, memang terbaik, jangan lupa untuk mencuba yer.







Friday, 26 November 2021

RESEPI MASAKAN RINGKAS | IKAN SELAR MASAK TUMIS CINA

   RESEPI 6 : IKAN SELAR MASAK TUMIS CINA

Assalamualaikum,

Hari ni AZ nak share satu resepi ringkas dan menyihatkan. Resepi ni sesuai untuk orang yang nak berdiet atau orang yang kurang sihat.  

                                         


Bahan-bahannya adalah:

1. Ikan Selar - 4 ekor

2. Bawang Merah  - 1 biji (saiz sederhana)

3. Bawang Putih - 3 ulas

4. Halia - 1 inci

5. Asam keping - 2 keping (saiz kecil)

6. Air (Paras ikan)

7. Garam - 1 sudu teh

8. Gula - 1/2 makan (boleh dikurangkan)

9. Ajinamoto - 1/3 sudu teh

10. Minyak (untuk menumis )


Cara untuk masak boleh rujuk video kat atas yer. Selamat mencuba๐Ÿ˜ƒ



Friday, 12 November 2021

RESEPI MASAKAN RINGKAS | CUPCAKE PANDAN AIR FRYER

  RESEPI 5 : CUPCAKE PANDAN GEBU MENGGUNAKAN AIR FRYER



Bahan - bahannya:

1. Buttercup - 1 cawan

2. Susu Fullcream - 250ml

3. Gula - 3/4 cawan (boleh dikurangkan untuk yang kurang gemar manis)

4. Telur - 1 biji

5. Perasa Pandan - 1 sudu kecil

6. Tepung Gandum - 2 cawan

7. Soda Bikarbonat - 1 sudu kecil

8. Baking Powder - 1 sudu kecil

9. Bekas cupcake

Setting Air Fryer :

4. Suhu 170 °C

5. Masa bakar 18- 20 minit


Resepi ni AZ ambil dari website : 

https://www.sishawa.com/2020/05/10resepi-kek-pastry-sedap-mudah-guna-air-fryer.html

Detail cara untuk memasak AZ ada tunjukkan dalam video kat atas yer. 


Terima Kasih








Monday, 8 November 2021

RESEPI MASAKAN RINGKAS | CUPCAKE OREO LEMAK BERKRIM AIR FRYER

 RESEPI 4 : CUPCAKE OREO LEMAK BERKRIM MENGGUNAKAN AIR FRYER


Hi, apa khabar semua, 

Hari ni AZ ingin kongsikan resepi ringkas yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja, sangat mudah dan cepat disediakan enak dimakan sejuk- sejuk.

Bahan - bahannya:

1. Biskut Oreo - 2 paket

2. Susu Fullcream - 250ml

3. Bekas cupcake

Setting Air Fryer :

4. Suhu 170 °C

5. Masa bakar 17 minit


Resepi ni AZ ambil dari website : 

https://www.wanisukarno.com/2021/01/13-resepi-kek-mudah-guna-air-fryer.html

Detail cara untuk memasak AZ ada tunjukkan dalam video kat bawah yer.




Minta jasa baik kawan- kawan untuk sentiasa  support channel AZ ni ye. Jangan lupa Like ,Subscribe and Share.

Terima kasih semua.







RESEPI MASAKAN RINGKAS | NASI GORENG BUJANG | BY AZ ZINNIRAH

 RESEPI 3 : NASI GORENG BUJANG


Hi, apa khabar semua, 

Hari ni AZ ingin kongsikan resepi ringkas masak nasi goreng sesuai untuk orang- orang bujang yang tidak berapa ada barang- barang kat dapur tu yer๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.


Bahan Tumisan :

1. Bawang Merah - 1 Biji

2. Bawang Putih - 4 Ulas

3. Cili Merah - 3 Biji (ikut kepedasan tekak masing2 yer)


Bahan - Bahan Lain :

4. Nasi putih - 1 mangkuk

5. Gula - 1 sudu makan (1/2 sudu pon dah cukup bergantung kepada tahap kemanisan korang suka yer)

6. Garam - 1 sudu teh

7. Telur - 1 biji

8. Minyak - 2 sudu makan


Detail cara untuk memasak AZ ada tunjukkan dalam video kat bawah yer.



Minta jasa baik kawan- kawan untuk sentiasa  support channel AZ ni ye. Jangan lupa Like ,Subscribe and Share 

Terima kasih semua.






Sunday, 7 November 2021

RESEPI MASAKAN RINGKAS | AYAM MASAK BERLADO | BY AZ ZINNIRAH

  RESEPI 2 : AYAM MASAK BERLADO


Hi, apa khabar semua, 

Hari ni AZ ingin kongsikan resepi ringkas untuk membuat lauk yang sangat simple, sedap dan cepat. Bahan - bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.


Bahan Tumisan :

1. Bawang Merah - 1 Biji

2. Bawang Putih - 3 Ulas

3. Cili Merah - 5 Biji (ikut kepedasan tekak masing2 yer)

4. Halia - 1/2 Inci

5. Serai - 5 batang


Bahan - Bahan Lain :

6. Asam Keping - 1 Keping

7. Air - 1/2 Cawan

8. Sos Tiram - 1 sudu makan

9. Sos Cili - 1 sudu makan

10. Garam - 1 sudu teh

11. Gula - 1 sudu makan

12. Minyak - 4 sudu makan


Bahan Perapan :

13. Ayam - 300 gram

14. Kunyit - 2 sudu teh

15. Garam - 1 sudu teh



Detail cara untuk memasak AZ ada tunjukkan dalam video kat bawah yer.




Minta jasa baik kawan- kawan untuk sentiasa  support channel AZ ni ye. Jangan lupa Like ,Subscribe and Share 


Terima kasih semua.






TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,  Harap pembaca yang menyinggah di blog ini sentiasa sihat sejahtera. Hari ini genap 12 hari umat islam seluruh dunia...