Monday, 11 April 2022

TIPS MELAWASKAN PERUT DENGAN TIGA BUAH-BUAHAN INI

 Hi Semua, selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat yang berada di bumi Malaysia ataupun diluar negara.

Harini Az mahu kongsi sedikit tips untuk orang yang mempunyai masalah untuk membuang aka sembelit. korang yang jarang membuang tu boleh la mencuba tips ini yer.

Untuk korang yang mengalami masalah sembelit boleh la  mencuba buah- buahan  dibawah:

1.AVOCADO

Avocado bukan sahaja dapat dijadikan salad untuk orang yang sedang berdiet, malah ianya sangat sesuai dimakan bagi orang yang sedang mengalami sembelit. Avocado mempunyai serat yang tinggi yang boleh membantu melawaskan usus. Buah Avocado ini mengandungi potasium, folat, vitamin E dan lemak sihat. Korang boleh la mendapatkannya di lazada dengan harga serendah RM3.80 / Biji @Buy Avocado

2. LIMAU
Apabila kita menyebut buah limau, secara automatik kita akan terfikir buah yang kaya dengan vitamin C. Tapi tahukah anda, limau jugak adalah salah satu buah yang elok untuk orang yang mengalami masalah sembelit. Kandungan asid sitrat yang terdapat di dalam buah limau ini dapat meneutralkan saluran pencernaan bagi pengamalnya. Korang boleh la mendapatkannya dengan harga serendah RM1.80/ Biji @Lemon_Murah


3. BUAH NAGA
Tahukan anda buah Naga jugak dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan kita. Kandungan serat yang terdapat di dalam buah naga ini dapat membantu pengamalnya dari terkena penyakit sembelit. Buah naga juga mengandungi oligosakarida iaitu sejenit prebiotik yang bagus untuk sistem pencernaan anda. Korang boleh la mendapatkannya di @BuahNagaMurah



Tapi untuk saya, antara ketiga-tiga buah ini , buah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah sembelit saya adalah buah naga, memang terbaik, jangan lupa untuk mencuba yer.







No comments:

Post a Comment

TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,  Harap pembaca yang menyinggah di blog ini sentiasa sihat sejahtera. Hari ini genap 12 hari umat islam seluruh dunia...