Wednesday, 13 April 2022

TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN

 Assalamualaikum semua, 

Harap pembaca yang menyinggah di blog ini sentiasa sihat sejahtera. Hari ini genap 12 hari umat islam seluruh dunia menunaikan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan. Harap semuanya masih lagi sihat dan bertenaga dan sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah swt sehingga kita sampai ke hujung ramadhan.

Untuk penulisan kali ini,  AZ mahu kongsikan sedikit tips untuk menurunkan berat badan disamping berpuasa tanpa merasa lesu sepanjang hari.

Biasanya setiap pagi semasa sahur, AZ akan mengambil segelas susu dutchlady coklat kurang gula @lazada-dutchlady dan 5 sudu teh oat @lazada-QuakersOat bersama air panas.



    



Untuk menu berbuka pula, biasanya AZ akan makan sedikit nasi dalam satu senduk bersama lauk seperti masak lemak cili api, ayam masak merah atau ikan masak lemak halba atau apa sahaja menu untuk hari tu. Semasa berbuka, AZ tidak akan mengambil air manis. Dengan rutin makanan ini, AZ berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam masa 1 minggu.

Ada hari AZ mengalami sembelit, AZ akan mengambil  supplement yang sekarang tengah famous dekat tiktok keluaran nutrilite. Korang boleh la cuba supplement kat bawah ini, ia dapat membantu untuk menyekat selera makan dan membuatkan perut lebih lawas.



Okay, itu sahaja perkongsian AZ untuk kali ni, jumpa lagi semua, 
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,  Harap pembaca yang menyinggah di blog ini sentiasa sihat sejahtera. Hari ini genap 12 hari umat islam seluruh dunia...